MOBS & Joyful Kids Lucky Draw Gift Voucher Contest

CONTEST

0 comments
AZEEM IN TOP 12 SEASON 5 CUTE BABY IN BAJU RAYA.
Name: Wan Muhammad Azeem
Age: 11months


AZEEM WIN 3RD PRIZE. BABY BIRU CONTEST.



Nama: Wan Muhammad Azeem
Umur: 8 bulan


AQEEL WIN LUCKY DRAW NO. 22. CONTEST POSING PALING CUN.


Nama: Wan Muhammad Aqeel
Umur: 3 tahun
Cerita: Ini adalah aksi spontan Aqeel apabila bergambar. Aqeel memang suka bergambar dan gaya posing adalah cara dia tersendiri. Bukan disuruh-suruh atau diajar ye...


AQEEL WIN 3RD PLACE. EVERYTHING FOR U FROM ME 1ST ANNIVERSARY CONTEST.





Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Event: Aqeel's 3rd Birthday
Venue: Our house
Date: 1 Muharram 1431H
Story: Special request by Aqeel for Ben10 cakes, Ben10 mask, Ben10 shirt everything is about Ben10. Watch his variety funny faces. I like it.

AQEEL WIN MAIN PRIZE. PLAYHOUSE DISNEY GOODIES (STAY HEALTHY WITH FIT FIT HURRAY PROGRAMS)

My story:
My eldest son, Aqeel loves to watch cartoons since he is one year old. Now, he is three years old and more and more watching cartoons. One of his favorites channel is 613, Playhouse Disney. When I'm back from work, he would catch my hands and ask me to watch him exercise. It was funny but I'm glad he learn from what he watch and it's good for his growth. Then, I realize he much learn from Playhouse Disney. I'm sure he learn about exercise from Mickey Mousekersize one of his favorites cartoon. Exercising along with music is Aqeel's favorites. He loves to dance so everytime Mickey's Club on air he would dance on his way.

ME WIN CONSOLATION PRIZE. THE FIRST CRY CONTEST.

Ini adalah pengalaman pertama saya pregnant. Pada 19.1.2007, lebih kurang pukul 6.00 petang, saya dan suami minum petang macam biasa di Restoran Safir, area Selayang. Tiba-tiba, saya rasa perut saya yang sedang sarat mengandung 40 minggu 8 hari rasa sakit. Sakit ni lain dari biasa. Sebelum ni rasa sakit macam menekan-nekan. Tapi kali ni rasa sakit macam mengeras. Saya bagi tau suami "rasa sakit ar". Dia cakap "nak pegi hospital ke". Saya cakap"takpela bole tahan lagi". Makin lama makin kerap. Selang 5 minit sakit. Saya cakap kat suami "dah nak bersalin ke ni sebab rasa sakit makin kerap.selang 5 minit sakit.takpela rilek la dulu". Disebabkan saya ni dah overdue pregnant dan doktor bagi tempoh sampai 10 hari overdue, kalau tak ada rasa sakit jugak kena datang hospital untuk induce, so saya rilek lagi la. Lagi pun sakit sikit je. Saya sambung minum dan sembang-sembang dengan suami.


Lebih kurang pukul 8.00 malam, saya, suami, adik ipar dan kawan suami saya lepak kat luar depan rumah sembang-sembang. Kawan suami saya tanya saya "bila nak bersalin ni". Saya jawap "dah rasa sakit ni sebenarnya.Dah rasa makin kerap.5 minit sekali rasa sakit". Jawap dengan nada gelak-gelak lagi sebab rasa sakitnya tak kuat sangat. Adik ipar saya cakap kat suami saya "eh abang, bawakla kak long pegi hospital.Dah dekat la tu". Saya ajak suami saya jalan-jalan kat belakang rumah sampai rumah hujung sebab orang cakap kalau dah dekat nak bersalin kena banyak berjalan supaya senang nak bersalin. Baru jalan 1 round tak larat dah. Saya ajak suami saya balik. Balik je rumah, mak mertua saya suruh pergi hospital jugak sebab takut jalan dah bukak.


Masa dalam kereta on the way nak pergi hospital, saya siap bergurau senda dengan suami dan mak mertua. Tak macam orang sakit pun. Sampai hospital wad bersalin, kena cek jalan dah buka ke belum. Rupa-rupanya dah jalan dah bukak 2cm. Doktor suruh masuk wad jugak sebab dah overdue. Lagi pun katil banyak kosong. Saya duduk atas kerusi roda nurse tolak sampai wad. Saya siap senyum dan lambai suami saya. Macam tak percaya dah dekat nak bersalin. Inilah pengalaman pertama duduk wad.


20.1.2007, lebih kurang pukul 2.00 pagi, saya dah mula rasa sakit sangat. Duduk tak kena, baring tak kena. Saya pernah baca buku tentang pregnancy, exercise yang boleh dibuat ketika sedang sakit sebelum bersalin. Saya pun buatla tapi semuanya tak menjadi. Saya mengucap dan beristighfar berkali-kali. Saya pergi toilet ingat nak kencing. Sekali darah dah keluar banyak sangat. Saya bagi tau nurse dia cakap ok. Nurse cek jalan baru bukak 3cm. Disebabkan saya sakit sangat katil labor room pun kosong saya dimasukkan ke labor room lebih kurang pukul 3.00 pagi.


Malam tadi saya tak makan pun sebab terus pergi hospital. Cuma sempat isi perut dengan air milo ais masa kat Restoran Safir petang semalam. Satu malam saya tak boleh tidur sebab sakit. Masa kat labor room doktor cek pulak berapa cm jalan dah buka. Baru 3cm. Saya terlelap sekejap. Bila rasa sakit datang, terjaga balik. Nurse datang bagi injection untuk tahan sakit. Lepas tu saya tertidur balik. Sakit lagi terjaga lagi. Nurse masukkan air. Saya kena 2 botol air. Doktor datang cek jalan dah bukak berapa. Baru 4cm.


Lebih kurang pukul 8.00 pagi, mak mertua dan suami datang. Diorang gilir-gilir jaga saya. Mak mertua saya tanya doktor yang datang cek "pukul berapa boleh bersalin ni". Doktor cakap "lebih kurang pukul 1". Saya tengok jam baru pukul 8.00 pagi, ada lagi 5 jam. Dalam hati saya cakap "alamak lambat lagi. Ya Allah Ya TuhanKu tolonglah aku Ya TuhanKu.Biarlah aku bersalin cepat". Dalam hati saya tak putus-putus baca doa ketika Nabi Yunus dalam perut ikan. Setiap kali sakit, saya mengucap dan beristighfar berkali-kali. Mak mertua saya yang duduk di sebelah meneman saya tak henti-henti baca doa.


Lebih kurang pukul 8.30 pagi, mak saya sampai. Mak saya pulak jaga saya. Saya cakap kat mak saya sakit sangat tak tahan. Mak saya tak putus-putus baca doa. Mak saya pesan "Ingat tuhan. Mengucap banyak-banyak".


Lebih kurang pukul 10.30 pagi, saya dah rasa macam nak bersalin. Saya cakap kat mak saya "Mak, panggil Adi". Kemudian, suami saya sampai. Saya cakap kat suami saya "bang, sakit sangat. Dah nak keluar ni". Tiba-tiba, ramai doktor dan nurse masuk bilik saya. Diorang cek jalan dah buka 10cm. Diorang semua bagi moral support. Doktor cakap kalau dah rasa contraction baru push. Bila saya push salah pulak. Doktor cakap bukan teran kat muka. Teran macam nak buang air besar. Saya teran lagi salah lagi. Entah kali ke berapa teran baru betul. Dah nampak rambut baby. Tapi dah hujung-hujung nafas baru nampak rambut baby. Nafas habis, kepala baby masuk dalam balik. Suami saya tengok, memang nampak kepala baby. Sampaikan saya dah tak tahu nak bezakan rasa contraction ke bukan sebab sentiasa sakit. Saya macam dah hilang tenaga untuk push. Yela tak makan dari semalam. Muka saya berpeluh-peluh. Suami saya tolong lapkan peluh yang menitik-nitik di muka saya.


Lepas sejam saya teran, kepala baby asyik keluar masuk keluar masuk je, doktor cakap masa dah tamat. Takut baby lemas. Vakum kat hospital rosak. Jadi kita kena guna forcep. Suami kena duduk luar. Saya sempat intai alat forcep tu. Macam penyepit besi panjang. Ngeri kalau tengok. Doktor cakap "saya kata push baru push". Doktor pun baca bismillah dan cakap push!. Saya pun push sekali je doktor tarik kepala baby terus keluar. Saya terus ucap syukur dan berkali-kali cakap Alhamdulillah. Saya pandang ke arah baby. Doktor tepuk-tepuk baby supaya nangis. Ketika itu saya berkata dalam hati nangislah baby. Baby pun nangis. Tangisan pertama baby yang saya dengar. Perasaan saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana menganugerahkan cahaya mata yang sihat dan sempurna kepada saya. Doktor letak baby atas badan saya, suruh saya sebut baby apa. Baby boy. Baby masa tu bersalut warna kelabu. Saya rasa macam pelik kenapa anak aku warna kelabu. Memang gitu rupanya hehehe.


Nurse bawa baby keluar untuk bersihkan baby. Doktor meneruskan kerjanya dengan menjahit saya. Sakitnya. Saya intai jarum yang digunakan. Panjangnya jarum tu. Boleh rasa benang yang ditarik aduhhh. Saya rasa dalam lebih kurang 2 jam doktor jahit. Forcep kan mesti banyak koyak. Dalam hati cepatlah doktor saya tak tahan sakit ni. Lepas doktor selesai, baby dibawa masuk. Saya disuruh menyusukan baby. Kata nurse, susu yang pertama adalah zat yang paling bagus. Saya menyusukan baby tapi rasa macam tak keluar pun susu. Tapi bagi jugakla sebab nak kasi susu keluar. Baby asyik tidur je. Yela mungkin baby ingat dalam perut lagi. Tu yang asyik tidur je. Saat ini saya rasa sangat bahagia, my life complete. Saya tenung je baby. Hilang rasa sakit yang ditanggung. Oh...ini rupanya baby yang duduk dalam perut saya selama ni. Rupa baby saling tak tumpah muka ayahnya. Saya berfikir aku dah dah jadi seorang ibu. Mesti seronok kan. Suami saya dibenarkan masuk di labor room untuk mengazankan baby. Suami saya mengazankan baby di telinga kanan. Family saya tak sabar-sabar nak tengok baby. Diorang dah tunggu kat wad lama sangat. Sampaikan diorang suruh nurse keluarkan saya dari labor room sebab nak tengok baby. Bukannya nak tengok saya ek. Takpelah diorang suka saya pun bahagia.


Pada masa ini saya rasa sungguh bahagia sekali. Baby lahir pada awal muharram iaitu tahun baru kalendar islam. Setelah overdue selama 9 hari rupa-rupanya baby nak keluar pada tahun baru. Walaupun saya rasa seksa juga nak bersalin ni tapi hilang rasa sakit dan penat setelah baby keluar. Rasa tak sabar nak pakaikan baju-baju yang saya beli. Baby dah ada nama. Wan Muhammad Aqeel. Saya harap Aqeel akan menjadi orang yang berguna bila besar nanti dan yang paling penting Aqeel sayang Mama seperti mana Mama sayang Aqeel. Saat saya taip ni, air mata saya bergenang, menitik dah sikit kerana betapa sayangnya Mama kepada Aqeel tidak ternilai. Saya cuba bayangkan perasaan mak saya ketika melahirkan saya satu ketika dulu dan saya terkenangkan dosa-dosa saya kepada mak saya. Saya masih bertuah kerana ibu bapa kedua belah saya dan mertua masih ada dan berpeluang untuk melihat cucu barunya ini. Aqeel adalah cucu sulung di sebelah keluarga saya dan cucu kedua lelaki sulung di sebelah suami saya. Andai kata Mama tak sempat melihat Aqeel membesar, ingatlah pesanan Mama ini, Mama sentiasa sayangkan Aqeel.


Sekian saje cerita saya.









Scrapbooking at
 WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 
 

BabyCorner Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates